image image image
* * *
Thursday June 27 , 2019
Font Size
   

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KEUSAHAWANAN Rooftop Gardening

Pada 23 Julai 2011, Program Keusahawanan Rooftop Gardening telah diadakan di Politeknik Jeli Kelantan. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Jeli. Program ini merupakan perintis kepada niche area Politeknik Jeli yang utama iaitu Agroteknologi. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Mejar (K) Haji Md. Nor Bin Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, YBhg. Dato' Rohani Binti Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, dan pengarah-pengarah dari seluruh Politeknik Malaysia. Program ini bermula dari pukul 11.00 tengahari dengan ucapan perasmian dan persembahan dari murid-murid tadika, dikir barat dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan esei, fotografi, mewarna dan gubahan hasil pertanian.

Sambutan dari masyarakat setempat dan luar begitu menggalakkan. Kehadiran yang diluar jangkaan pelajar-pelajar sekolah dan masyarakat setempat memeriahkan lagi program ini. Pada 24 dan 25 Julai, sejumlah 300 orang pelajar dari sekolah-sekolah sekitar Tanah Merah, Machang dan Jeli yang berkunjung ke rooftop Politeknik Jeli untuk belajar dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini.

Pertandingan mewarna yang disertai oleh murid-murid tadika di sekitar daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli.

Murid-murid tadika bersedia untuk persembahan nasyid.

Bersedia untuk persembahan tarian Doraemon.

Tarian Doraemon dipersembahan oleh murid-murid tadika yang comel-comel belaka.

Antara jemputan yang mendaftar.

Antara masyarakat sekitar yang hadir sama.

'

Ketibaan YB. Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed.

Ketibaan yang disambut oleh jemputan-jemputan.

Antara tetamu kehormat yang hadir.

Gimik pelancaran Program Keusahawanan Rooftop Gardening.

Antara hadiran yang hadir.

Persiapan untuk naik ke rooftop.

YB. Dato' Sri mengetuai kumpulan pertama untuk menuai hasil tanaman.

YB. Dato' Sri memerhatikan pohon lada yang menghijau.

Seidkit penerangan diberikan.

Hasil tuaian pertama Cili Centil.

Bergambar kenangan setelah melakukan lawatan dan tuaian yang pertama.

Lawatan daripada pelajar-pelajar sekolah.

Bergambar kenangan selepas lawatan.

Pepohon cili yang menghijau.

Cili Hijau yang menggamit perasaan.

Cili merah yang telah masak ranum.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com