image image image image
* * * *
Saturday March 23 , 2019
Font Size
   

Rooftop Gardening - Satu langkah ke hadapan

Pada 19 Mei 2011, Politeknik Jeli telah melancarkan program keusahawanan atas bumbung yang dikenali juga sebagai "Rooftop Gardening". Program ini dijalankan untuk memberi satu input yang baik kepada pelajar-pelajar Politeknik Jeli dalam mendidik mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan agrotek. Buat permulaan program ini bermula dengan penanaman lada yang dikenali sebagai cili centil secara fertigasi. Proses penanaman bermula pada 18 Mei 2011 dan hasilnya dijangka akan dapat dituai secara berperingkat mulai 19 Julai 2011. Pelbagai manfaat dan faedah yang boleh diperolehi melalui program ini antaranya :

  • Sebagai inovasi kepada pelajar-pelajar
  • Membolehkan pelbagai program penyelidikan boleh dijalankan oleh pensyarah-pensyarah
  • Mendidik pelajar-pelajar cara-cara untuk menjalankan perusahaan
  • Pengaplikasian teknologi baru di kampus

Kos untuk projek ini sekitar RM10,000 dengan keluasan 8,000 kaki persegi dan 800 pokok cili centil dapat ditanam pada projek ini. Berikut adalah keratan akhbar SINAR HARIAN berkenaan program tersebut :

[ KLIK DI SINI ]

Penanaman cili centil

Sedikit taklimat dari Pengarah, Politeknik Jeli

 

 

Penanaman cili centil oleh En. Wan Zulkifly Bin Wan Zakaria, Pengarah, Bahagian Kebajikan Pelajar, JPP.

Permulaan penanaman cili centil.

Tn. Hj. Azizi Lin, Pengarah Politeknik Jeli menanam cili centil.

Y.Bhg. Datuk Hj Mohlis Bin Jaafar menanam cili centil.

Sedikit perbincangan sebelum program perasmian.

Wakil dari JPP dan Perunding FAU.

Sedikit perbincangan santai mengenai program tersebut.

Pembentangan MEDIA BLITZ untuk program tersebut yang disampaikan oleh Tn. Hj Azizi Lin, Pengarah Politeknik Jeli.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com