image image image image
* * * *
Saturday January 19 , 2019
Font Size
   

KURSUS ELECTRICAL WIRING DOMESTIC FOR TYPICAL PPRT HOUSING PROJECT

Pada 6-11 Disember 2010, Politeknik Jeli Kelantan telah mengadakan kursus Electrical Wiring Domestic For Typical PPRT Housing Project sempena Program Kebolehpasaran Graduan 2010 bagi melahirkan bakal Kontraktor Penyelenggaraan Elektrik di sekitar Parlimen Jeli dan Tanah Merah.

Kursus yang dirangka khas selama 6 hari ini diadakan bertempat di Politeknik Jeli, Kampus Sementara Ayer Lanas. Kursus ini telah disertai oleh 11 orang peserta terdiri daripada Graduan-graduan Politeknik Jeli yang  berminat dan juga yang masih belum mendapat pekerjaan yang sesuai.  Beberapa kontraktor berdaftar Suruhanjaya Tenaga(ST) juga turut terlibat sama bagi menjayakan program seperti Syarikat SBI Engineering, MNH Enterprise, Fastrack Engineering dan sebagainya. Kursus ini adalah di bawah kelolaan Unit Penyelidikan, Inovasi & Keusahawanan Politeknik Jeli Kelantan dengan kerjasama Unit Hal-Ehwal Pelajar, Politeknik Jeli Kelantan.

 

Di antara objektif kursus ini adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran sedia-ada Graduan politeknik ini dalam bidang Electrical Wiring Domestic seperti applikasi dalam projek sebenar bagi pembinaan rumah kos rendah Projek Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT). Sebagai serampang dua-mata, ia juga merupakan salah satu daripada inisiatif pihak penganjur untuk memberi peluang dan memantapkan lagi kemahiran sedia-ada graduan dalam menghadapi cabaran pasaran kerja dan dunia keusahawanan sebenar sebagai Kontraktor Penyelenggaraan Elektrik.

Graduan Bakal Usahawan Kontraktor Penyelenggaran Elektrik

 

Graduan sedang melaksana kerja-kerja awal pemasangan

 

Graduan mendapat tunjuk ajar yang rapi dari Jurulatih

 

Lokasi kursus yang kondusif

 

Prototaip Asas Bagi Projek Rumah Kos Rendah PPRT

 

Sesi Ujian Bertulis Secara Berkumpulan

 

Juara Kumpulan

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com