image image image image
* * * *
Saturday January 19 , 2019
Font Size
   

KARNIVAL SUKAN POLITEKNIK JELI SESI DISEMBER 2010

Politeknik Jeli akan menganjurkan Karnival Sukan  Politeknik Jeli Sesi Disember 2010 pada 11 Januari hingga 17 Februari 2011. Unit Sukan & Kokurikulum yang akan mengendalikan kejohanan ini akan mempertandingkan  enam acara sukan iaitu boling, futsal, ping pong, sepak takraw, bola tampar dan badminton. Kebanyakan acara akan dilangsungkan di Politeknik Jeli dan gelanggang sekitar Tanah Merah. Namun begitu acara boling akan dilangsungkan di Kota Bharu kerana kekangan kemudahan gelanggang bagi acara tersebut.

 

 

Menurut En Mohd Nor Bin Yusof, Pegawai Sukan & Kokurikulum Politeknik Jeli, kejohanan ini adalah untuk memberikan ruang dan peluang pelajar politeknik ini untuk bersukan dan dalam masa yang sama dapat menjadikan hubungan antara satu sama lain lebih erat. “Kejohanan ini juga adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalan acara yang dipertandingkan untuk mewakili Politeknik Jeli ke kejohanan peringkat politeknik  dan sebagainya”, tambah En Mohd Nor.

Hadiah kepada pemenang akan disampaikan oleh Pengarah Politeknik Jeli, Tuan Haji Azizi Bin Lin yang dijadualkan akan berlangsung dalam pada 17 Februari 2011 nanti.

Acara sukan akan dianjurkan  pada waktu petang setelah tamatnya sesi kuliah. Jadual kejohanan ini adalah sebagaimana berikut :

11  - 13 Januari 2011            Ping Pong

18  - 19 Januari 2011            Futsal

24 - 26  Januari 2011            Badminton

31 Jan - 2 Februari 2011        Sepak takraw

10  - 12 Februari 2011           Bola Tampar

15 Februari 2011                  Boling

17 Februari 2011                  Majlis Penyampaian Hadiah

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com