image image image image
* * * *
Saturday March 23 , 2019
Font Size
   

KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA POLITEKNIK JELI 2010

Juara : Pasukan Hidayah B Naib Juara : Pasukan Maharani

Politeknik Jeli telah menganjurkan Kejohanan Futsal pada 18 Disember 2010 bertempat di Ku Yo Futsal Centre Tanah Merah, Kelantan. Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan disertai oleh 39 pasukan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan belia dari daerah Tanah Merah, Machang, Kota Bharu, Jeli dan beberapa daerah lain di Kelantan.

Menurut En Mohd Nor Bin Yusof, Pegawai Sukan & Kokurikulum Politeknik Jeli kejohanan yang berlangsung selama sehari ini merupakan idea Pengarah Politeknik Jeli Tuan Haji Azizi Bin Lin yang antara tujuannya adalah untuk mendekatkan masyarakat dengan pihak politeknik terutamanya Polieknik Jeli disamping menyediakan peluang untuk masyarakat menjalani aktiviti  sukan dan riadah.

“Kejohanan yang  danjurkan oleh Unit Sukan & Kokurikulum  Politeknik Jeli ini telah mencapai matlamatnya  dan para pemain telah bermain dengan penuh semangat kesukanan”, katanya ketika dihubungi oleh pihak Sinar Harian.

Pasukan Hidayah B dari Kok Lanas telah muncul sebagai Juara selepas menewaskan pasukan Maharani  dari dari Tanah Merah dengan jaringan 1 - 0 di perlawanan akhir. Pasukan Hidayah B layak ke perlawanan akhir setelah menewaskan pasukan dari Ayer Lanas dengan jaringan 1 - 0 di peringakat separuh akhir. Manakala pasukan Maharani telah memenangi perlawanan menentang pasukan Hidayah A dengan 2 - 1.

Juara bagi kejohanan ini membawa pulang wang sebanyak RM 500 dan naib juara sebanyak RM 300.00. Manakala tempat ketiga ialah sebanyak RM 200 dan keempat ialah RM 100.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com