image image image image image
* * * * *
Friday July 28 , 2017
Font Size
   

Utusan Pengarah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi Politeknik Jeli, Kelantan(PJK). Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas serta mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru ke politeknik ini.  Sepanjang berada di politeknik ini, pelajar-pelajar perlu mengambil peluang dan inisiatif untuk memperkayakan ilmu pengetahuan sebanyak mungkin terutamanya dalam bidang akademik dan juga kemahiran yang boleh meningkatkan modal insan pelajar.

Pelajar juga digalakkan untuk memberikan sumbangan dalam menjayakan misi politeknik iaitu menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformasi dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi. Kejayaan pelajar-pelajar secara tidak langsung akan menyokong kepada kecemerlangan politeknik, masyarakat dan negara. Di samping, itu memberikan sumbangan ke arah mencapai visi politeknik sebagai penjana modal insan berinovatif dan berkualiti seiringan dengan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi).

Penggunaan ICT adalah merupakan salah satu media hubungan yang sangat berkesan pada masa kini. Oleh yang demikian kami di PJK mengharapkan ianya dapat memberi perkhidmatan dan manfaat sebagai wadah perkongsian maklumat secara interaktif. Laman web ini dibangunkan dengan hasrat memperkenalkan politeknik ini kepada masyarakat umum serta menjadi saluran alternatif bermaklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan yang disediakan kepada semua warga PJK.

Laman web kini lebih mirip kepada portal dengan menyediakan beberapa perkhidmatan atas talian, kandungan bersifat interaktif dan bercirikan perkembangan teknologi semasa. Sememangnya, matlamat akhir pembangunan laman web baru ini adalah untuk menjadikannya sebuah portal yang mampu menarik pengunjung untuk melayarinya berulang kali. Walaupun belum sempurna, usaha-usaha masih diteruskan untuk menjadikan laman web ini sebuah portal yang memenuhi kehendak dan citarasa pengunjung.     

Akhir kata, dengan adanya laman web ini juga ia dapat menyediakan platform perkongsian ilmu, idea dan pengalaman yang boleh digunakan ke arah penambahbaikan sistem penyampaian politeknik ini khususnya ke arah membantu negara membina modal insan yang berdaya saing, unggul dan berkualiti.

Selamat Maju Jaya.

Sekian, terima kasih

(HJ WAN AZLAN BIN WAN ISMAIL)
Pengarah,
Politeknik Jeli, Kelantan

E-mail: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com