Pengenalan
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (dikenali sebagai JMSK) adalah sebuah jabatan sokongan akademik yang bertanggungjawab dalam menyelaras pemberian latihan separa profesional bagi semua Kursus Kod B iaitu Kursus Matematik, Kursus Sains dan Komputer di Politeknik Jeli Kelantan.
Jabatan ini ditubuhkan pada bulan Oktober 2009 dan kini terdapat 4 orang tenaga pensyarah.
Fungsi utama jabatan ini adalah untuk membekalkan tenaga pensyarah akademik bagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Kursus Kod B dan menjalankan tugas sokongan akademik (pentadbiran) di PJK.
Visi
Menjadi jabatan sokongan akademik yang cemerlang dalam Politeknik KPTM.
Misi
Menyediakan P&P yang efektif dan efisien kepada semua pelajar serta membentuk pensyarah yang berketerampilan tinggi.
Matlamat
- Meningkatkan kualiti sistem pengurusan organisasi ke arah budaya kerja TQM (Total Quality Management).
- Memantapkan kualiti proses P & P modul kod B.
- Memperkasakan budaya kerja secara berpasukan.
- Merealisasikan keterampilan kerjaya pendidikan ke arah budaya kerja cemerlang.
- Meningkatkan pengiktirafan organisasi luar terhadap kejayaan yang dicapai oleh staf JMSK.
Carta Organisasi
Sila klik DI SINI untuk lihat Carta Organisasi JMSK.
|